Tuesday, October 19, 2010

RESEPI SAMBAL BALI

BAHAN- BAHAN :
Bahan A
  1 kg          daging batang pinang
   1 kg          paru lembu
   1 kg          hati lembu
   1 kg          limpa lembu
Bahan B
   3 btg         serai
   3 tgkai       daun kari
   3 inchi        lengkuas
   150  gm     cili mesi
   5 biji          bawang merah
   1 ulas         bawang putih
   2 senduk    kicap manis cap kipas udang
   2 senduk    kicap masin
   1 senduk    gula pasir
   1 senduk    cuka

CARA - CARA :
1. Perapkan Bahan A dengan kicap manis, masin, gula pasir, cuka.
2. Tumiskan daun kari, serai hingga garing dan naik bau, angkat, asingkan.
3. Tumis pula cili mesin sehingga garing, kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
4. Perasakan dan pastikan rasa sesuai dengan konsistensi yang betul.
5. Dihidang bersama nasi impit.

CUBELAH SENDIRI DI RUMAH! 


  
 

Saturday, October 2, 2010

Masakan Hari Raya

PELBAGAI JENIS JUADAH HARI RAYA YANG TELAH DISEDIAKAN SEMASA 'OPEN HOUSE' RUMAH SAYA...MEMANG TAK HENTI TETAMU YANG DATANG..LAGI MERIAH DENGAN KEHADIRAN SAHABAT HANDAI YANG JAUH...

Acar timun


 Ayam masak merah ini saya yang buat..he3


 Bihun Singapore


 Lamb Bone Stick


Nasi Hujan Panas ini pun hasil masakan saya...


 Nasi Himpit dan Sambal Bali

 Seafood Carbonara 


Special Chocolate....ini ialah hasil buatan sendiri mak lang saya...

kesemua masakan ini adalah hasil gabungan tenaga mama saya dan saya...kami masak bermula seawal 9 malam untuk pesediaan kuih-muih dan kek...bersambung pula malam itu untuk memasak nasi impit, sambal bali...

Pada sebelah pagi pula kami mula menyediakan masakan untuk, sefood carbonara, bihun singapore, dan spagetti, dan juga lain2  persiapan. mama dan saya menyiapkan yang terbaik untuk santapan tetamu-tetamu yang hadir...setiap kali 'open house' di rumah saya diadakan, mesti menjajnjikan satu kelainan kerana banyak juadah-juadah yang tersedia.